Tuesday, September 15, 2009

Alhamdulillah....

Tiada apa yang dapat ku lafazkan melainkan alhamdulillah...Ku bersyukur kepada-Mu ya Allah,tanpa ku duga peluang untuk aku membuat master melalu thesis telah Allah s.w.t buka dengan seluas-luasnya...
Benar,aku memang cbuk,tersangat cbuk,namun ya Allah, jalan yang Kau tunjukan adalah yang terbaik buat ku...
Ya Allah, kukuhkanlah hati hambaMu yang kian rapuh ini,
Ya Allah, bantulah hamba Mu ini didalam usaha mengejar sebuah kejayaan...
Ya Allah, Kau berkatilah perjuangan hambaMu ini...
janganlah biarkan ia terhenti ditengah jalan,sebaliknya jadikanlah ia sesuatu yang amat bermakna...

Hanya tinggal bebarapa hari sahaja lagi,semua kertas kerja dan thesis harus di hantar...Semoga hari raya tahun ini tetap meriah seperti sebelumnya walaupun dikelilingi kerja yang bertimbun-timbun ini...

Kepada semua sahabat-sahabat ku, semoga anda semua berada didalam barakah Allah s.w.t...
dengan ini aku memohon seribu kemaafan sekiranya selama kita berkenalan ini ada ketikanya aku menguris perasaan mu, ada ketikanya aku memperdayakan mu dengan gurauan ku...sesungguhnya,ia hanya untuk ikatan ini bertambah suburm dan jika ada yang keterlaluan,ia datangnya dari ketidaksengajaan dan kelemahan aku seniri..tiada niat lain disebaliknya...harap dapat di maafkan...

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Alhamdulillah...

Hari ini sudah tiba tarikh 09.09.09...tarikh yang agak unik...
Dengan tiba tarikh ini jugak,usia kita juga semakin bertambah..maka beringat-ingatlah kita...InsyaAllah...

alhamdulillah,hari ini jugak telah berakhirnya saya menjalankan final year project saya...Selama hampir 2 bulan saya menjalankannya,dan hari ini ianya telah berakhir...
Dengan result ekperiment yang memberangsangkan,semoga ia akan diterima secara keseluruhanya...

Monday, September 7, 2009

Ketawa kecil...

Koleksi lawak pendek

Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari
bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku.."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 7

3 org Asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Hahaha, gelak gelak juga,solat jangan dilupa!....
Edited by HafizAdam on 02.11.2008 15:02 @ I Love Islam .com

Monday, February 23, 2009

Kenangan itu....

Terkadang aku terfikir, adakah kenangan lalu itu memberikan seribu makna kepada ku?
Begitu banyak kenangan yang kita lalui selama kita berada di muka bumi Allah ini. Namun kadang kala kita terleka dengan hilmah yang tersembunyi di sebalik perkara semalam itu. Kita sering kali menyalahkan takdir, tidak pula kita terfikir apakah hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu...
Saya juga seperti anda semua, pernah melalui hari-hari semalam. Hari-hari yang memberikan seribu makna dan pengalaman. Saya pasti anda mungkin mempunyai pengalaman semalam ynag lebih menarik lagi dari saya.
Mungkin pengalaman pertama anda menemui 'si dia' atau pengalaman pertama anda berpisah dengan 'si dia'... Atau lebih perit lagi pengalaman kehilangan orang yang tersayang...
marilah kita bersama kongsikan pengalaman itu, agar ia tidak membebani anda seorang...
Salam Kebahagiaan untuk semua...

Thursday, February 19, 2009

Salam Perkenalan.....

Jika perkara semalam telah menjadi kenangan...
Hari esok suatu yang misteri...
Dan hari ini yang kita lalui...
Adakah kita ingin membiarkan kenangan semalam itu pergi begitu sahaja, tanpa ada walau sekelumit pun kesedaran untuh mengubah hari ini dari perkara semalam...
Fikir-fikirkanlah...

Oleh itu, bersama kita disini untuk berkongsi,menilai dan memperbaiki hari semalam yang telah berlalu...
Berlalu meninggalkan seribu tanda tanya...
Insyaallah...