Monday, February 23, 2009

Kenangan itu....

Terkadang aku terfikir, adakah kenangan lalu itu memberikan seribu makna kepada ku?
Begitu banyak kenangan yang kita lalui selama kita berada di muka bumi Allah ini. Namun kadang kala kita terleka dengan hilmah yang tersembunyi di sebalik perkara semalam itu. Kita sering kali menyalahkan takdir, tidak pula kita terfikir apakah hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu...
Saya juga seperti anda semua, pernah melalui hari-hari semalam. Hari-hari yang memberikan seribu makna dan pengalaman. Saya pasti anda mungkin mempunyai pengalaman semalam ynag lebih menarik lagi dari saya.
Mungkin pengalaman pertama anda menemui 'si dia' atau pengalaman pertama anda berpisah dengan 'si dia'... Atau lebih perit lagi pengalaman kehilangan orang yang tersayang...
marilah kita bersama kongsikan pengalaman itu, agar ia tidak membebani anda seorang...
Salam Kebahagiaan untuk semua...

Thursday, February 19, 2009

Salam Perkenalan.....

Jika perkara semalam telah menjadi kenangan...
Hari esok suatu yang misteri...
Dan hari ini yang kita lalui...
Adakah kita ingin membiarkan kenangan semalam itu pergi begitu sahaja, tanpa ada walau sekelumit pun kesedaran untuh mengubah hari ini dari perkara semalam...
Fikir-fikirkanlah...

Oleh itu, bersama kita disini untuk berkongsi,menilai dan memperbaiki hari semalam yang telah berlalu...
Berlalu meninggalkan seribu tanda tanya...
Insyaallah...